CUCKOO KING TOP
Sesuai dengan nama yang diberi KING TOP. Model ini merupakan model “KING” dalam Cuckoo. Ini kerana model ini adalah model penapis air yang terlaris dalam Cuckoo. Selain dari harganya yang paling murah, Penapis Air King Top memiliki reka bentuk yang sangat menarik. Saiznya yang slim mampu diletak dimana sahaja walaupun di ruang yang sempit pasti akan menarik alis mata jiran-jiran yang datang ke dapur rumah anda. Â
CUCKOO XCEL
Reka bentuk yang menawan, warna putih menghiasi badan penapis air yang diberi nama XCEL. Model XCEL adalah model yang terbaru dalam Cuckoo. Reka bentuk yang slim, saiz yang mampu memenuhi ruangan sempit semakin menjadi pilihan Rakyat Malaysia.
PERSAMAAN KING TOP DAN XCEL
Antara kedua-dua model yang hangat di pasaran ini, terdapat beberapa persamaan. Antaranya ialah:
1. JENIS FILTER
Jenis filter yang digunakan untuk kedua-dua model ini adalah sama iaitu Teknologi Nano Positive Filtration System. Teknologi ini telah dipatenkan oleh Cuckoo bermaksud dalam dunia, hanya Jenama Cuckoo sahaja yang menggunakan Teknologi Nano Positive Filtration System. Terdapat 4 jenis filter dalam sistem ini iaitu:
- Sediment Filter – Ditukar setiap 4 bulanÂ
- Pre-Carbon Filter – Ditukar setiap 8 bulan
- Natural Filter – Ditukar setiap 12 bulan
- Nano Positive Filter – Ditukar setiap 12 bulan
2. KAPASITI TANGKI & JENIS TANGKI
Persamaan kedua adalah dari segi kapasiti tangki dan jenis tangki. Jenis tangki yang digunakan adalah Tangki Stainless Steel yang tahan karat dan tahan panas. Untuk maklumat anda, hanya jenama Cuckoo sahaja yang menggunakan Tangki jenis Stainless Steel. Cuckoo sangat menjaga kualiti produk.
Selain itu, kedua model ini mempunyai kapasiti tangki yang sama iaitu:
- Sejuk – 1.0L
- Panas – 1.0L
- Suam – 0.3L
Walaupun kapasiti tangki nampak kecil, tetapi masa yang diperlukan untuk isi semula air yang baru ke dalam tangki lebih pantas sekitar 1 minit sahaja. Jika anda tekan untuk minum air, air yang baru akan terus masuk ke dalam tangki. Jadi, tiada isu air habis dalam tangki.
3. pH AIR YANG DIHASILKAN
pH air yang dihasilkan untuk kedua jenis penapis air ini adalah sama iaitu sekitar 7.5 dimana kadar pH air yang dihasilkan sama seperti air mineral yang dijual di kedai. Semestinya sangat selamat dan sihat untuk diminum.
Air yang dihasilkan oleh Penapis Air Cuckoo bukanlah jenis Reverse Osmosis (RO) yang mempunyai kadar pH dibawah 7.0 iaitu lebih berasid.
PERBEZAAN KING TOP DAN XCEL
1.MEKANIKAL VS DIGITAL
Cuckoo King Top menggunakan sistem mekanikal untuk keluarkan air dimana pengguna perlu menekan nozel sama ada sebelah kiri untuk air panas atau sebelah kanan untuk air sejuk. Boleh lihat video dibawah untuk lebih faham.
Cuckoo Xcel menggunakan “Touch Screen” atau digital panel untuk mengeluarkan air dimana lebih canggih berbanding King Top. Pengguna hanya perlu sentuh sahaja pada LCD Panel untuk memilih suhu sama ada Panas, Sejuk atau Suam kemudian sentuh pada butang paling bawah untuk keluarkan air. Boleh lihat video untuk lebih faham.
2.INDIKASI BERLAMPU
Ciri indikasi berlampu ini hanya ada pada model XCEL. Tujuan indikasi ini untuk memastikan suhu air yang dipilih adalah betul. Warna biru untuk air sejuk, warna hijau untuk air suam dan warna merah untuk air panas.
Ciri ini hanya ada pada 2 Model iaitu ICON dan XCEL. ICON lebih mahal RM 113.21 sebulan untuk tempoh 60 bulan, manakala XCEL hanya RM 79 sebulan anda boleh menikmati ciri yang sama seperti ICON.
Ciri ini membuatkan XCEL lebih canggih daripada KING TOP dan XCEL nampak lebih futuristik dan cantik.
3. CARA PENGAKITFAN CHILD SAFETY LOCK
HOW TO SET HOT WATER LOCK & BUTTON LOCK FUNCTION
Kedua-dua model XCEL dan KING TOP mempunyai fungsi Child Safety Lock dimana fungsi ini dikhaskan untuk memastikan keselamatan kanak-kanak sentiasa terjamin.
Untuk model KING TOP, air panas hanya boleh dikeluarkan jika button Child Lock tersebut ditekan. Jika tidak, air panas tidak akan dapat dikeluarkan. Untuk model XCEL pula, cara untuk mengunci air panas, pengguna perlu menekan button HOT selama 3 saat manakala untuk mengunci semua button, hanya perlu menekan button COLD selama 7 saat.
4. KOS NATURAL SERVICE PACKAGE (NCS)
Natural Service Package atau NCS adalah pakej servis untuk mesin penapis air/penapis udara Cuckoo selepas tempoh tamat kontrak bayaran ansuran. Sepanjang tempoh kontrak, anda dapat menikmati Servis Percuma, tetapi apabila tamat kontrak, anda perlu membeli pakej ini untuk sambung servis mesin anda.
Bagi model KING TOP, harga pakej untuk NCS adalah RM 425 setahun manakala bagi model XCEL, harga pakej NCS adalah RM 550 setahun. Perbezaan dari segi kos NCS tahunan, model KING TOP mempunyai kos yang lebih rendah berbanding model XCEL.
5. TUNAI ATAU SEWA BELI
Untuk model KING TOP tiada bayaran secara tunai ditawarkan. Hanya belian secara Pelan Ansuran Bulanan sahaja, tempoh kontrak paling pendek adalah selama 18 bulan dengan bayaran bulanan RM 122.64. Untuk rekod, sehingga tahun 2020, model KING TOP mencatatkan jualan paling tertinggi dalam Cuckoo berbanding model lain kerana harganya yang sangat mampu milik.
Bagi model XCEL, belian secara tunai ditawarkan bernilai RM 3700 sahaja dengan pakej PERCUMA Servis selama Setahun dan PERCUMA periuk berjenama Kyndell bernilai RM 1500. Sudah pasti pembelian secara tunai lebih menjimatkan berbanding secara ansuran. Pilih mengikut budget anda dan mengikut kemampuan.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, kedua-dua model mempunyai kelebihan masing-masing. Dari segi harga, model KING TOP lebih murah berbanding XCEL. Harga sebenar XCEL adalah RM 100 sebulan, tetapi Promosi XCEL yang berlangsung sekarang menawarkan hanya RM 79 sebulan, beza hanya RM 4 dengan KING TOP.
Pada pendapat saya, lebih baik anda memilih model XCEL kerana reka bentuknya yang lebih menarik dan fungsinya yang lebih canggih berbanding KING TOP. Kedua-dua model ini sesuai untuk pengguna yang mempunyai isi rumah sehingga 4-5 orang. Jadi, pilihlah dengan bijak mengikut citarasa anda dan mengikut budget anda.