Perbandingan Antara Penapis Air Cuckoo Dan Jenama Lain
PENAPIS AIR CUCKOO TITAN
Apa beza CUCKOO dan COWAY? Apa beza CUCKOO dengan Penapis Air jenama lain? Itulah antara topik dan soalan yang popular dalam pemilihan Penapis Air. Sudah pasti setiap orang memerlukan Penapis Air terbaik untuk rumah baik dari segi kualiti produk dan kualiti servis.
Penapis air jenama CUCKOO sering dibandingkan dengan jenama COWAY. Dalam artikel kali ini, saya tidak akan merendahkan produk jenama lain, tetapi lebih kepada menceritakan Kelebihan Penapis Air Cuckoo yang tiada pada jenama lain untuk membantu anda memilih yang terbaik.
1. JENIS AIR YANG DIHASILKAN
CUCKOO
Penapis Air CUCKOO menghasilkan Air Mineral Alkali Ringan dengan purata pH sekitar 7.5 yang sangat sihat diminum untuk seisi keluarga. Cuckoo menggunakan sistem penapisan teknologi terkini iaitu Nano Positive Filtration System. Sistem penapisan Nano Positive mampu menyingkirkan 99.9% kuman dan bakteria dalam air, kandungan logam berat, tetapi meninggalkan kandungan mineral dalam air tersebut.
Jenama CUCKOO juga telah mendapat pengiktirafan dari Persatuan Kesihatan Dunia, World Health Organization (WHO). Klik >DISINI<
Kandungan mineral yang diperlukan oleh badan seperti Potassium, Kalsium, Magnesium, dan Sodium dapat mengekalkan kesihatan tulang, gigi otot dan saraf. Air mineral juga dapat
mengelakkan tubuh badan daripada dehidrasi dan dapat menghilangkan dahaga dengan lebih cepat.
COWAY
Penapis air Coway menghasilkan air jenis Reverse Osmosis (RO). Air jenis RO juga bersih dan sihat untuk diminum. Air RO sering dipanggil sebagai Air Suling atau Air Mati dimana sistem penapisan jenis ini menyingkirkan 99.9% bakteria dan kuman, kandungan logam berat termasuk kandungan mineral dalam air tersebut.
Bermakna air RO tidak mengandungi mineral yang diperlukan oleh badan. Air jenis ini sangat sesuai diminum oleh pesakit buah pinggang kronik kerana tidak mengandungi sebarang kuman, bakteria, logam berat dan mineral.
Perbezaan ketara yang dapat dilihat antara Air Mineral dan Air RO ialah jika anda pergi ke pasar raya, anda akan dapati ada 2 jenis air botol yang dijual iaitu Air Mineral Semulajadi dan Air Minuman. Biasanya air mineral semulajadi berjenama seperti Spritzer, Cactus dan Evian harganya lebih mahal berbanding air minuman seperti Sea Master dan lain-lain.
2. TEMPOH SERVIS & PENUKARAN FILTER
CUCKOO
Penapis Air Cuckoo akan diservis setiap 4 bulan sekali. Filter yang digunakan dalam Penapis Air Cuckoo sangat berkualiti tinggi dan direka untuk bertahan maksimum 6 bulan, tetapi bagi menjaga kualiti air, Cuckoo akan servis mesin anda setiap 4 bulan sekali.
Setiap kali servis, Cuckoo akan buat penukaran terus kepada filter baru. Berikut merupakan jadual penukaran filter bagi penapis air cuckoo.
a. Sediment Filter – Setiap 4 Bulan
b. Pre Carbon Filter – Setiap 8 Bulan
c. Natural Filter – Setiap 12 Bulan
d. Nano Positive Filter – Setiap 12 Bulan
COWAY
Penapis Air Coway pula akan diservis setiap 2 bulan sekali. Hal ini kerana sistem penapisan air jenis Reverse Osmosis yang memerlukan servis lebih kerap. Filter yang digunakan dalam penapis air coway akan dicuci setiap 2 bulan dan akan digunakan semula.
Kekerapan penukaran filter bagi penapis air coway ialah setiap 6 bulan sekali dan untuk sebahagian model, ada yang 4 bulan sekali.
3. SAIZ DAN JENIS TANGKI
CUCKOO
Penapis Air Cuckoo menggunakan Tangki jenis Food Grade Stainless Steel. Kelebihan menggunakan tangki jenis ini ialah lebih tahan panas dan tahan karat. Proses pemanasan dan penyejukan air juga akan jadi lebih cepat. Tangki Penapis Air Cuckoo juga dapat mengelakkan pembiakan kuman dan bakteria.
Tangki penapis air cuckoo bersaiz sederhana. Untuk Model King Top, saiz tangki hanya 2.3 Liter, 1.0 Liter untuk air panas, 1.0 Liter untuk air sejuk dan 0.3 liter untuk air suhu bilik. Walaupun tangki penapis air Cuckoo agak kecil, tetapi proses penapisan air lebih pantas dan Auto Refill air dalam tangki pun lebih cepat.
COWAY
Penapis air Coway menggunakan tangki jenis Plastik BPA. Tangki jenis ini merupakan Food Grade yang sering digunakan untuk bekas makanan dan botol minuman. Namun begitu, BPA Plastik sering dikaitkan dengan pembiakan kuman dan bakteria tetapi anda tidak perlu risau kerana setiap 2 bulan sekali Coway akan datang untuk servis mesin anda.
Proses Reverse Osmosis memerlukan masa yang lama untuk tapis air yang bersih, jadi penapis air Coway memerlukan tangki yang lebih besar. Jika tangki kosong, ia memerlukan proses yang agak lama untuk refill sehingga air dalam tangki penuh semula.
4. ISU PEMBANGUNAN AIR
CUCKOO
Sistem penapisan air Cuckoo yang menghasilkan air mineral tidak memerlukan proses pembuangan air. Ini kerana untuk air mineral, ia tidak memerlukan penapisan yang terlalu halus kerana kandungan mineral perlu dikekalkan dalam air.
Cuckoo tiada isu pembuangan air ketika proses penapisan dan penghasilan air akan lebih menjimatkan air di rumah anda.
COWAY
Penapis air Coway yang menghasilkan air jenis Reverse Osmosis memang memerlukan pembuangan air. Ketika pemasangan, akan ada satu tiub khas ke sinki untuk buang air ketika penapisan.
Air Reverse Osmosis juga sering digunakan dalam pertanian dan perindustrian yang memerlukan penapisan yang sangat halus untuk menghasilkan air suling (tanpa mineral) dan proses tersebut memerlukan pembuangan air.
5. TEKANAN RENDAH? BOLEH KE PASANG?
CUCKOO
Untuk penghasilan air mineral tidak memerlukan tekanan yang terlalu tinggi untuk pasang. Penapis Air Cuckoo boleh pasang untuk rumah yang ada tekanan air yang rendah terutama
rumah yang menggunakan sumber Air Boring dan rumah flat.
BACA: CUCKOO BOLEH PASANG UNTUK AIR BORING
COWAY
Penghasilan air Reverse Osmosis yang memerlukan penapisan yang sangat halus memerlukan tekanan air yang tinggi. Kebanyakan rumah flat atau rumah yang mempunyai tekanan air yang rendah tidak sesuai untuk pasang Penapis Air Coway.
Akan tetapi jika tekanan air rumah anda rendah, anda boleh pasang water pump yang memerlukan kos tambahan untuk pasang. Biasanya water pump berharga RM 250 – RM 300.
KESIMPULAN
Itulah sedikit sebanyak perbandingan antara Penapis Air jenama Cuckoo dan Coway. Perbandingan ini juga boleh dibuat antara Cuckoo dengan jenama lain juga. Anda hanya perlu ketahui Kelebihan Penapis Air Cuckoo dan bandingkan dengan janama lain yang ada di luar
sana.
Kedua-dua jenama CUCKOO dan COWAY mempunyai kelebihan masing-masing. Keduanya merupakan syarikat gergasi yang berasal dari Korea. Apa yang penting ialah keluarga anda dapat menikmati air bersih bertapis dan sihat.
Semoga artikel kali ini dapat memberikan anda gambaran dan memudahkan urusan anda untuk memilih jenama Penapis Air terbaik.
Jika anda berminat untuk ketahui tentang Promosi Terkini Produk Cuckoo boleh Klik link PROMOSI TERKINI PRODUK CUCKOO